Pages

Labels

Friday, 21 June 2013

Program Lawatan Sambil Belajar ke Bandung

PUSPANITA Cawangan Kecil MAMPU akan mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar ke Bandung, Indonesia pada 17-20 Oktober 2013. Atur cara program adalah seperti di Lampiran. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM1,349.00 bagi lawatan selama 4 hari 3 malam. Harga Pakej Termasuk:

  •   Tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur / Jakarta / Kuala Lumpur dengan pesawat (Garuda)
  • Cukai penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur dan dari Jakarta
  • 2 malam penginapan di hotel berbintang 3 di Bandung (Sebilik berdua) dan 01 malam penginapan di hotel berbintang 3 di Jakarta (sebilik berdua) dengan sarapan pagi
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
  • Bagasi 20 kg setiap orang pergi dan balik.
  • Harga Pakej Tidak Termasuk Bas persiaran dari Putrajaya ke Lapangan terbang KLIA (tanpa pemandu pelancung), lebihan bagasi, dobi, bil telepon, jus, makanan tambahan dan lain-lain caj peribadi yang tidak tertera di atur cara).

Program ini dibuka kepada semua warga MAMPU. Tawaran ini adalah terhad kepada 30 tempahan/peserta pertama. Kepada yang berminat adalah dipohon untuk memberikan maklumbalas kepada Cik Maizatul Khairani Binti Mohamad (maizatul.khairani.mampu@1govuc.gov.my) dan membuat pembayaran sebanyak RM200 kepada beliau seboleh-bolehnya sebelum atau pada 1 Julai 2013 (Isnin) bagi tujuan tempahan. 

0 comments:

Post a Comment